Friday, October 14, 2011

Rumah depan Sungai Perak


Ini umah arwah atok di pulau tiga kg gajah perak.Namanya cikgu haji hashim.Depan rumah ade sg perak.Inilah tempat mandi sewaktu masa dulu.Selain tu ade kolah mandi di dlm umah.Tapi mandi di sungei ni syok habis gila.....tak same mandi ayor kolah.Kami saudara mara gayut kat dahan pokok kemudian terjun ke dlm ayor ni,mcm tarzan.Kepala cecah selut dlm sungai.....! Dulu ayornye cetek boleh berenang sampai ke tengah sungai sebab ade pasir terapung @ 'pasior' tapi skrg dah tak tak mcm dulu sebab arus deras & dalam, bahaya wehhh....Dulunya kata opah ade buaya tembaga kat sungei ni ....sejak teman hidup & mandi kat situ tak pulak jumpe....mintak jauh kan ye.....Tumpo weh....Sungai ni juga dulunya merupakan pengangkutan utama sebelum adenya jalanraya yg menghubungkan 'Parit - Kg Gajah - Teluk Anson'. Laluan sungai ni jugalah Sultan Perak Raja Azlan Shah mencemar duli melawat makam diraja di sepanjang Sg Perak drpd bandar Diraja Kuala Kangsar ke Teluk Intan (Telok Anson) semasa baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak ke 34. Baginda dan rombongan berhanyut dengan bot yang dinamakan Balai Gambang berwarna kuning Sempat juga teman bersalam dengan sultan Azlan semasa baginda singgah di makam diraja di pulau tiga ni. Masa tu teman darjah 4  tahun 1984/85. 
Di sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-makam Sultan Perak.
  1. Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati ,di dalam Mukim Bota, Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
  2. Kota Lama Kanan
  3. Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
  4. Semat dalam Mukim Senggang,
  5. Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera
  6. Pulau Tiga, Kampung Gajah
  7. Pulau Cempaka Sari di Parit
  8. Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta , Kampung Gajah
  9. Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung Gajah
  10. Bandar Baharu , Kampung Gajah - pejabat JWW Birch , British
  11. Pasir Panjang, Kampung Gajah
  12. Durian Sebatang, Teluk Intan - Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874
  13. Sayong, Kuala Kangsar
  14. Batak Rabit, Teluk Intan

No comments:

Post a Comment