Saturday, October 22, 2011
Basikal 'Raleigh' lamaku yang ku gunakan semasa bersekolah tahun 1 hinggalah ke tingkatan 5 .Masih elok dan dimaintain sehinggalah sekarang.Asalnya kepunyaan pakcikku kemudian diambil olehku untuk kegunaan harian.Habis ku lenjan basikal ni tapi nyata basikal ni tahan lasak.Sekarang ini bapakku gunakannya untuk ke masjid setelah motor kesayangannya 'Lambratta' di curi orang.Ada orang berminat membeli basikal ni tapi bapakku dan aku tak berminat menjualnya kerana nilai sejarahnya tinggi. Banyak jasanya kepadaku.
" Tak boleh dijual beli"
Friday, October 14, 2011
Rumah depan Sungai Perak
Ini umah arwah atok di pulau tiga kg gajah perak.Namanya cikgu haji hashim.Depan rumah ade sg perak.Inilah tempat mandi sewaktu masa dulu.Selain tu ade kolah mandi di dlm umah.Tapi mandi di sungei ni syok habis gila.....tak same mandi ayor kolah.Kami saudara mara gayut kat dahan pokok kemudian terjun ke dlm ayor ni,mcm tarzan.Kepala cecah selut dlm sungai.....! Dulu ayornye cetek boleh berenang sampai ke tengah sungai sebab ade pasir terapung @ 'pasior' tapi skrg dah tak tak mcm dulu sebab arus deras & dalam, bahaya wehhh....Dulunya kata opah ade buaya tembaga kat sungei ni ....sejak teman hidup & mandi kat situ tak pulak jumpe....mintak jauh kan ye.....Tumpo weh....Sungai ni juga dulunya merupakan pengangkutan utama sebelum adenya jalanraya yg menghubungkan 'Parit - Kg Gajah - Teluk Anson'. Laluan sungai ni jugalah Sultan Perak Raja Azlan Shah mencemar duli melawat makam diraja di sepanjang Sg Perak drpd bandar Diraja Kuala Kangsar ke Teluk Intan (Telok Anson) semasa baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak ke 34. Baginda dan rombongan berhanyut dengan bot yang dinamakan Balai Gambang berwarna kuning Sempat juga teman bersalam dengan sultan Azlan semasa baginda singgah di makam diraja di pulau tiga ni. Masa tu teman darjah 4 tahun 1984/85.
Di sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-makam Sultan Perak.
- Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati ,di dalam Mukim Bota, Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
- Kota Lama Kanan
- Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
- Semat dalam Mukim Senggang,
- Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera
- Pulau Tiga, Kampung Gajah
- Pulau Cempaka Sari di Parit
- Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta , Kampung Gajah
- Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung Gajah
- Bandar Baharu , Kampung Gajah - pejabat JWW Birch , British
- Pasir Panjang, Kampung Gajah
- Durian Sebatang, Teluk Intan - Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874
- Sayong, Kuala Kangsar
- Batak Rabit, Teluk Intan
Wednesday, September 28, 2011
Dangau tempat berehat
| Dangau |
'Dangau' yang letaknya dlm dusun di Pulau Tiga, Perak. 'Dangau' bermaksud pondok yg berda di tgh2 hutan @ dusun.Ini bahasa org perak 'pior'.Kalau tak caya tanya orang tua-tua perak.Gunanya 'dangau' ini untuk tempat berehat setelah penat bekerja di dalam dusun buah-buahan.Dinding mengunakan papan atau buloh.Atap guna zink atau rumbia.Bergantung......tapi yg ni guan zink dan papan kayu terpakai.Biasanya teman, turun ke dangau ni bila cuti sekolah sbb anak teman sekolah.....tambah pulak musim durian....Dangau ni dah berusia 30 tahun tapi kayunya lebih100 tahun, kayu seri buat dari kayu cengal.......tahan tu yoep. Kayu skrg ni mana ada tahan...cepat reput.Di sekeliling dusun ini banyak pokok durian. Dulu org tak berani masuk sbb banyak binatang buas, ular tedung, gajah le,rimau pun ade....tapi skrg dah terang sikit sbb pokok-pokok hutan dah abih tebang.Biasanya teman dgn bapak, masuk dusun ni kena le cuci semak, sakit jugak bahu,pinggang koje menebas.Kalau tak 'excersice @ jogging' mau cabut bahu teman.
Subscribe to:
Comments (Atom)